Malaysia dan India bertemu di perlawanan akhir

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah esok setelah seri 1-1 dengan New Zealand dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan di Stadium Azlan Shah, hari ini.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan yang berpeluang memasuki perlawanan akhir bermain bermati-matian untuk mengiringi India di perlawanan akhir.

Walaupun mempunyai peluang mendapatkan gol melalui pukulan sudut penalti dan gol padang tetapi pertahanan keduadua pasukan yang begitu mantap gagal ditembusi.

Malaysia terus menggasak dan bermain lebih agresif pada separuh masa kedua dan berjaya memperoleh gol pada minit ke-48 selepas tolakan Chua Boon Huat gagal diselamatkan penjaga gol New Zealand, Pontifex Kyle.

New Zealand yang tersentak dengan gol itu lantas membuat serangan balas dan berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian melalui Nicholas Wilson selepas berlaku pergelutan di dalam kawasan D.

Perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan mengatur strategi dan mencari kombinasi terbaik untuk memastikan kemenangan dengan berbalasbalas serangan.

Dengan keputusan perlawanan 1-1, Malaysia menduduki tempat kedua dengan tujuh mata sementara India meloncat ke tangga pertama dengan mata.

New Zealand yang menduduki tempat ketiga akan bertemu Pakistan dalam perlawanan tempat ketiga dan keempat yang akan berlangsung pada pukul 5 petang esok.

Malaysia pernah memasuki perlawanan akhir pada 1985 apabila bertemu India dengan keputusan 1-2 dan pada 2007 berhadapan Australia dan tewas 1-3.

Jurulatih Malaysia, Tai Beng Hai berkata semua pemain Malaysia bermain baik dan bermati-matian untuk memastikan pasukan negara berjaya ke perlawanan akhir. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan