Malaysia perkemas pukulan sudut penalti menentang India - jurulatih

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Walaupun berada dalam kedudukan selesa selepas memenangi dua perlawanan awal skuad negara perlu membuat persediaan rapi untuk berdepan India dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah petang esok, kata jurulatih hoki negara, Tai Beng Hai.

Katanya keseluruhan pemain mesti mengekalkan prestasi permainan sebelum ini dan mencipta peluang ketika bola berada di dalam kawasan D pihak lawan bagi menjaringkan gol.

"Usaha sedang dilakukan untuk memantapkan lagi keberkesanan semasa pukulan penalti dengan mencuba pelbagai gerakan bagi membuahkan hasil," katanya kepada Bernama hari ini.

Tai berkata pelbagai gerakan semasa pukulan penalti digunakan dalam keduadua perlawanan sebelum ini dan hasilnya, skuad negara berjaya menjaringkan lima gol daripada pukulan sudut penalti semasa menewaska Mesir 4-1 dan menewaskan Pakistan 3-2 manakala dua gol lagi adalah gol padang.

"Walaupun kejohanan ini sebenarnya pentas pemanas badan bagi setiap pasukan mencari gandingan dalam membentuk pasukan mantap dalam menghadapi kejohanan yang akan datang tetapi realitinya ia menyumbang kepada peningkatan prestasi pasukan," katanya.

Tai berkata masa rehat akan digunakan untuk menilai prestasi pemain dan membuat pertukaran pemain untuk perlawanan seterusnya menentang India, esok dan New Zealand pada hari berikutnya, katanya.

"Ujian dalam dua perlawanan sebelum ini berjaya diatasi walaupun berhempas pulas dan saya yakin mereka akan terus cemerlang... saya harap pemain mampu mengulangi persembahan baik mereka dalam baki dua perlawanan untuk mengutip mata penuh sekaligus mengesahkan kemaraan ke final tercapai," katanya.

Prestasi pasukan agak berbeza kerana India yang pernah muncul juara pada 1985, 1991 dan 1995 dianggap pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini berbanding pencapaian Malaysia muncul naib juara piala itu pada 1985 dan 2007.

Kali terakhir bertemu India pada kejohanan sama Mei tahun lepas, Malaysia tewas 12 dan menduduki tempat tercorot sementara India menjadi naib juara edisi ke-17 selepas tewas kepada Argentina 12 dalam perlawanan akhir.

Cabaran Malaysia yang dipikul 18 pemain diketuai Mohd Madzli Ikmar turut diperkuat Chuan Boon Huat dan Ismail Abu yang pernah beraksi dalam pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa menjadi perangsang kepada pemain lain.

Sementara itu, juara tiga kali, India yang kini di ranking ke11 dunia merupakan pasukan pilihan dalam kejohanan ini seri 2-2 dengan Mesir dalam perlawanan pertamanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan