Terengganu dapat jurulatih renang dari China - Sukan Ekstra | mStar

Terengganu dapat jurulatih renang dari China

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu yakin mampu untuk muncul sebagai kuasa baru dalam acara renang pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) apabila pasukan itu mendapat khidmat jurulatih China, Wang Li Gen.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Rosdi Awang berkata Terengganu telah mendapat khidmat jurulatih berusia 46 tahun itu yang sebelum ini pernah berkhidmat di kapit, Sarawak, sejak lima tahun lepas.

Wang akan melaksanakan program pembangunan sukan renang serta penasihat skuad Sukma Terengganu 2010 di Melaka, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya pihaknya juga sedang berusaha mendapatkan seorang jurulatih asing bagi acara terjun bagi melengkapkan sukan aquatik negeri. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan