Tiga bekas atlet boling padang dakwa dianiayai

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga bekas atlet boling padang kebangsaan tampil mengemukakan dakwaan bahawa mereka pernah dianiayai pegawai berpengaruh Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) sehingga terpaksa melupakan impian masingmasing untuk terus menyumbang tenaga dalam sukan berkenaan.

Bekas atlet kebangsaan, Kamarul Aizad Othman berkata walaupun masih berminat dengan sukan boling padang tetapi akibat bosan dengan sikap majoriti pegawai PLBM, beliau mengambil tindakan keluar daripada skuad kebangsaan.

"Saya tampil untuk membuat pendedahan ini kerana terpanggil bagi membantu kawankawan sepasukan yang pernah dianiayai oleh pegawai itu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kamarul Aizad, yang pernah mendapat pingat emas dalam Kejohanan Piala Asia 2003, berkata nasib dua atlet boling padang wanita negara, Siti Zalina Ahmad dan Norhashimah Ismail perlu dibela kerana mereka tidak diberikan proses pengadilan yang betul oleh persatuan.

Pada 12 Mac lepas, Siti Zalina dan Norhashimah dikenakan tindakan digantung masing-masing selama 18 bulan dan setahun oleh Lembaga Disiplin PLBM kerana kesalahan disiplin ketika menjalani latihan di Pusat Boling Padang Nasional Bukit Kiara pada 26 Oktober tahun lepas.

Seorang lagi bekas atlet kebangsaan yang enggan mendedahkan identitinya mendakwa beliau turut menjadi mangsa pegawai berkenaan sehingga terkeluar daripada pasukan kebangsaan dan pernah membuat laporan kepada PLBM namun tiada sebarang tindakan diambil PLBM berhubung kesnya.

"Saya tidak pernah menghantar sebarang surat untuk keluar daripada pasukan kebangsaan tetapi pegawai itu memaklumkan kepada Presiden PLBM bahawa saya telah menghantar surat itu kepadanya," katanya.

Bekas atlet wanita dalam skuad pelapis, Noorazwin Ibrahim pula mendakwa pegawai itu pernah memaksa beliau 'menjual' permainan ketika beraksi di Kejohanan Antara Juarajuara 2006 tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Noorazwin berkata beliau membuat aduan kepada Pegawai MSN namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap pegawai terbabit sehingga hari ini.

Seorang bekas pegawai PLBM, Mohd Yusof Harun mendakwa pegawai berkenaan kerap menyalahgunakan wang persatuan dan pernah mendedahkannya kepada Jawatankuasa PLBM.

"Menyedari bahawa saya tahu niat jahatnya saya dan keluarga telah beberapa kali diugut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pegawai tersebut," katanya.

Menyatakan tiada sebarang tindakan diambil oleh persatuan, Mohd Yusof berharap selepas ini ada pihak yang tampil menyiasat kes berkenaan untuk menjaga kepentingan atlet dan PLBM sendiri. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan