Tunku Imran terima Doktorat Akademi Sukan

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Tunku Tan Sri Imran ibni Tuanku Ja'afar dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat kerana kepimpinan dan pencapaiannya yang cemerlang di bidang sukan serta profesion berkaitan sukan.

"Ini satu dari hadiah terbaik pernah saya terima," kata Tunku Imran mengenai anugerah itu yang beliau terima di Alabama pada 21 Mac lepas, serentak dengan ulang tahun ke- 61 hari jadi beliau.

"Ini penghormatan besar buat saya, khususnya untuk Malaysia kerana diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.

Menurut kenyataan dari pejabat Tunku Imran hari ini, perisytiharan dari akademi itu juga menyatakan bahawa Tunku Imran telah membawa "penghromatan kepada negara, keluarga dan dirinya dan bidang sukan, pertubuhan sukan dan promosi sukan".

Seorang johan squasy kebangsaan pada 1970'an, Tunku Imran telah memberikan khidmat kepada masyarakat sukan antarabangsa dan mempromosi idea sukan dan Olimpik ke seantero dunia.

Beliau juga adalah anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sejak 2006 dan anggota Suruhanjaya mengenai Undang-undang Sukan dan Sukan untuk Semua di bawah jawatankuasa berkenaan.

Akademi Sukan AS, Universiti Sukan AS, adalah sebuah badan bebas dan tidak mencari untung ditubuhkan bagi memberi khidmat kepada Amerika Syarikat dan dunia dari segi pengarahan, penyelidikan dan perkhidmatan.

Ia mempersiapkan lelaki dan wanita untuk kerjaya di bidang sukan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan