Impian raih emas Olimpik tidak pernah pudar - Chong Wei - Raket | mStar

Impian raih emas Olimpik tidak pernah pudar - Chong Wei

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2018 3:49 PM

Lee Chong Wei. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei mengumumkan hasratnya untuk meneruskan bermain badminton secara kompetitif, tetapi memerlukan masa untuk kembali ke gelanggang.

Dalam sidang media pada Khamis, bagi menjelaskan masa depannya selepas beliau didiagnosis kanser hidung peringkat awal dan mendapatkan rawatan di Taiwan, pemain berusia 36 tahun itu berkata, hasratnya untuk memenangi pingat emas di Olimpik tidak pudar.

Chong Wei berkata, beliau sudah mula melakukan senaman ringan dan percaya ia hanya masa yang menentukan sebelum beliau kembali berlatih.

"Saya masih suka badminton, sebab itu saya tidak bersedia untuk menggantung raket saya lagi," katanya.

"Tetapi saya akan mengambil masa sebelum kembali ke gelanggang dan saya menunggu lampu hijau daripada doktor.

"Saya tidak mahu bersara lagi.

"Saya masih mahu pergi ke Tokyo (untuk Olimpik). Kelayakan untuk Olimpik buat kali kelima idak akan menjadi masalah," kata Chong Wei, dengan nada ceria.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Olimpik
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan