Nadal tawar tempat perlindungan, bantu mangsa banjir lumpur di Majorca - Raket | mStar

Nadal tawar tempat perlindungan, bantu mangsa banjir lumpur di Majorca

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG tenis Sepanyol Rafael Nadal menawarkan perlindungan kepada mangsa-mangsa banjir di Majorca.

Sekurang-kurang orang terbunuh pada kejadian banjir lumpur yang berlaku di Sant Llirenc, lebih kurang 64 kilometer daripada pusat bandar, Palma.

Nadal mengajak semua mangsa yang terlibat tinggal di akademinya sebagai pusat perlindungan sementara berdekatan dengan Manacor yang juga kampung halamannya.

Malah juara 17 grand slam berusia 32 tahun itu turut turun ke lokasi kejadian untuk mebersihkan kawasan yang terjejas dengan banjir lumpur.

"Hari sedih di Majorca, " tulis Nadal di laman Twitternya.

"Seperti yang kami lakukan semalam, kami menawarkan kemudahan di @rnadalacademy untuk semua mangsa yang memerlukan penginapan."

Tags / Kata Kunci: Rafael Nadal
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan