Zii Jia akhiri kemarau 14 tahun Malaysia - Raket | mStar

Zii Jia akhiri kemarau 14 tahun Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2018 6:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain negara, Lee Zii Jia  mengakhiri kemarau 14 tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan dengan menjuarai acara perseorangan lelaki di Arena Taipei, Ahad.

Kali terakhir Malaysia menjuarai perseorangan lelaki kejohanan itu ialah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2004.

Pada perlawanan yang berlangsung Ahad, Zii Jhia terpaksa bertarung sehingga set penentuan  sebelum  menewaskan  pemain Jepun, Riichi Takeshita 21-17, 16-21 dan 21-11 dalam masa 61 minit , menurut laman sesawang  Persekutuan Badminton Dunia, www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Zii Jia mempamerkan aksi cemerlang untuk ke final dengan menundukkan beberapa pemain terkemuka  termasuk dua pemain tuan rumah, pemain pilihan keempat kejohanan Hsu Jen Hao dan pilihan  nombor  satu  yang juga pemain nombor empat dunia  Chou Tien Chen dalam perlawanan separuh akhir pada Sabtu.

Ini adalah gelaran juara antarabangsa kedua buat Zii Jia yang memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Poland 2017. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Zii Jia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan