BAM sah Chong Wei hidap kanser hidung - Raket | mStar

BAM sah Chong Wei hidap kanser hidung

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2018 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei disahkan menghadapi kanser hidung peringkat awal, jelas Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Tetapi tolong beri Chong Wei ruang dan ketenangan untuk pemulihan."

Mesej tersebut adalah daripada presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria berikutan posting yang tular mengenai penyakit Chong Wei.

Sebelum ini timbul desas-desus menyatakan Chong Wei mengalami kanser hidung peringkat ketiga.

"Maklum balas terhadap laporan Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan Chong Wei telah didiagnosis peringkat awal kanser hidung," jelas Norza dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Chong Wei kini berada di Taiwan menjalani rawatan dan saya dengan sukacitanya memaklumkan kepada anda bahawa beliau bertindak balas dengan baik terhadap rawatannya dan kini sedang berehat bersama keluarga dan rakan-rakan rapat.

"Bagi pihak Chong Wei, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan kebimbangan anda. Sokongan anda adalah sumber kekuatan dan semangatnya.

"Kami menyeru semua orang untuk menghormati privasi dan keluarganya. BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan kami akan menawarkan sebarang sokongan kepada legenda kami," katanya.

Pada Julali lalu BAM mengeluarkan kenyataan bahawa Chong Wei  berehat daripada sebarang beraksi  kerana mengalami gangguan pernafasan.

Pemenang pingat perak tiga kali Olimpik itu pergi ke Taiwan untuk rawatan dan menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China Ogos dan Sukan Asia di Indonesia Ogos lalu.

Beliau dijangka pulang ke rumah selepas menghabiskan rawatan akhirnya bulan ini.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Kanser hidung
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan