Cabaran negara pada Skuasy Berpasukan Wanita Dunia berakhir - Raket | mStar

Cabaran negara pada Skuasy Berpasukan Wanita Dunia berakhir

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2018 7:20 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2018 berakhir selepas tumpas 0-2 kepada Perancis di peringkat suku akhir di Dalian, China, Jumaat.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan keempat akan berdepan Amerika Syarikat pada perlawanan penentuan tempat kelima-kelapan, manakala Perancis akan bertemu Mesir di pentas separuh akhir.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung esok.Mesir mara ke peringkat empat pasukan terbaik selepas menewaskan New Zealand 2-1, sementara Amerika Syarikat tumpas 1-2 kepada Hong Kong dalam satu lagi aksi suku akhir.

Pada aksi tersebut, Perancis selaku pilihan keenam mendahului saingan selepas pemain nombor lima dunia, Camille Serme mengalahkan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David; 11-9, 11-2 dan 11-5 pada perlawanan pertama, demikian menurut laman sesawang kejohanan, www.wsfwomensteams.com.

Pemain nombor 34 dunia, Coline Aumard mengesahkan kemaraan Perancis ke separuh akhir apabila menumpaskan juara kebangsaan, S. Sivasangari 8-11, 11-8, 11-8 dan 11-8 dalam perlawanan kedua.

Enam belas pasukan mengambil bahagian pada kejohanan dwitahunan itu.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Skuasy , pasukan wanita , dunia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan