Masalah lutut, Nadal terpaksa tarik diri aksi separuh akhir Terbuka AS - Raket | mStar

Masalah lutut, Nadal terpaksa tarik diri aksi separuh akhir Terbuka AS

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2018 7:57 AM

(Ubah saiz teks)

RAFAEL Nadal terpaksa menarik diri pada aksi separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) sekaligus menyaksikan Juan Martin del Potro mara ke  final.

Bintang tenis Sepanyol itu menarik diri pada set kedua selepas berdepan dengan masalah lutut walaupun cuma untuk meneruskan perlawanan.

Insiden kedua buat Nadal,32, bagi aksi tahun ini selepas Januari lalu ketika Terbuka Australia yang juga memaksa dia berbuat demikian.

"Saya ada masalah pada set kedua atau ketiga. Terasa seperti ada sesuautu di lutut saya dan cuba meneruskan permainan.

"Tetapi bukan hari ini biarpun telah cuba sedaya upaya. Anda bola bayangkan bagaimana sukarnya saya untuk meninggalkan permainan sebelum tamat perlawanan.

"Tetapi pada satu tahap ia sangat sukar untuk bermain dan menahan sakit," ujarnya.

Manakala peluang ini melengkapkan rekod Del Potro mara ke final buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Tags / Kata Kunci: Rafael Nadal , Terbuka AS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan