Wee Wern juara Terbuka Australia - Raket | mStar

Wee Wern juara Terbuka Australia

Diterbitkan: Ahad, 5 Ogos 2018 9:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern meneruskan momentum di pentas antarabangsa dengan menjuarai Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne Ahad.

Bekas pemain nombor lima dunia itu, yang berehat 20 bulan akibat kecederaan lutut sebelum turun semula ke gelanggang bulan lalu, mengalahkan pemain Mesir, Hana Ramadan, 11-6, 11-9, 10-12, 11-6 pada aksi final di Mulgrave County Club.

Kejayaan bagi pemain berusia 28 tahun itu adalah gelaran ketiga berturut-turut dalam siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas Terbuka Malaysia dan Terbuka Tasmania, bulan lalu.

“Selepas kembali semula, tiga kemenangan dalam tiga kejohanan PSA adalah hebat...membuatkan usaha keras sepanjang 20 bulan lalu berbaloi. Mada untuk pulang! Terima kasih semua atas sokongan!,” ujar Wee Wern dipetik di Instagramnya.

Sebelum ini, Wee Wern dinamakan Pemain  Terbaik Bulanan PSA bagi Julai.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Low Wee Wern , Terbuka Australia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan