Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gangsa dalam Kejohanan Remaja Asia - Raket | mStar

Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gangsa dalam Kejohanan Remaja Asia

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2018 7:45 AM

Chia Wei Jie.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia sekadar meraih pingat gangsa selepas tumpas 0-3 kepada Jepun pada saingan separuh akhir acara berpasukan campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Jakarta, Indonesia pada Isnin.

Tuan rumah, Indonesia juga terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila tewas 1-3 kepada China dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Latihan Dewan Sukan Jaya Raya, demikian menurut laman sesawang Badminton Asia, www.badmintonasia.org.

China yang merupakan juara tujuh kali kejohanan berkenaan, akan berdepan Jepun pada perlawanan akhir, Selasa.

Pada aksi yang berlangsung Isnin, Jepun berada di hadapan selepas Hiroki Midorikawa-Saito Natsu mengalahkan pasangan Malaysia Chia Wei Jie-Toh Ee Wei; 21-16, 21-15 dalam acara beregu campuran.  

Kato Taiki menjadikan kedudukan 2-0 selepas menewaskan Ng Tze Yong 21-13, 23-25 dan 24-22 dalam acara perseorangan lelaki, sebelum Hiroki Midorikawa-Hiroki Nakayama mengesahkan kemenangan Jepun setelah mencatat kemenangan 21-17, 21-14 ke atas Chang Yee Jun-Chua Yue Chern dalam kategori beregu lelaki.

Acara individu dalam kesemua lima kategori –perseorangan dan beregu lelaki; perseorangan dan beregu wanita, serta beregu campuran akan bermula Rabu ini. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan