Jari kejang tidak halang Nadal rangkul juara Terbuka Perancis - Raket | mStar

Jari kejang tidak halang Nadal rangkul juara Terbuka Perancis

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 7:46 AM

(Ubah saiz teks)

RAFAEL Nadal melebarkan rekod juara Terbuka Perancis yang ke-11 selepas menewaskan Dominic Thiem awla pagi Isnin.

Nadal yang terkenal dengan gelaran 'Raja Tanah Liat' mencatat kemenangan 6-4,6-3,6-2.

Bagaimana pun, pemain No.1 dunia mengakui berasa gementar sepanjang aksi akhir ini selepas berdepan dengan masalah jarinya yang kejang serta cuaca lembab di Paris.

"Untuk beberapa minit saya tidak dapat mengawal jari saya untuk lebih baik.


"Kemenangan pemain berusia 32 ini merupakan kejayaan ke-17 Grand Slam keseluruhannya.

"Biar saya meraikan kejayaan ini terlebih dahulu.

"Sudah tentu saya mempunyai cita-cita dan semangat dalam apa sahaja yang saya buat, tetapi tidak pernah terlintas untuk berdepan dengan semua situasi (kecederaan dan saingan sengit daripada lawan).

"Anda juga tidak boleh melawan umur dan tidak boleh menentang masa. Masa akan terus berjalan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Rafael Nadal , Raja Tanah Liat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan