Chong Wei Nafi Terlibat Video Seks - Raket | mStar

Chong Wei Nafi Terlibat Video Seks

Diterbitkan: Selasa, 13 Februari 2018 4:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka membuat laporan polis berkaitan video seks yang mengaitkan dirinya.

Chong Wei menafikan beliau adalah individu bersama seorang wanita yang tidak dikenali dalam video yang tular itu.

Video berdurasi 11 minit itu  menunjukkan pasangan berkenaan sedang melakukan hubungan seks.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu dipercayai akan membuat laporan polis pada Selasa.

Jelas Chong Wei, beliau sendiri turut menerima video tersebut.

"Ramai orang hantar pada saya. Dia tidak nampak macam saya pun.

"Kenapa ini berlaku," jelasnya memetik kepada laporan Sin Chew Daily.

Tambah Chong Wei, ramai pihak yang ingin melihat dirinya jatuh, lebih-lebih lagi menjelang tayangan filem autobiografinya,  Lee Chong Wei Menjulang Kejuaraan.

Filem berdurasi 133 minit itu akan ditayangkan di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City pada 9 Mac depan.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Video Seks
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan