Dubai: Chong Wei, Kian Meng-Pei Jing Layak Secara Merit

Diterbitkan: Jumaat, 1 Disember 2017 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing layak ke saingan Siri Super Akhir 2017 selepas menghuni kelompok lapan terbaik dalam ranking Super Siri musim ini.

Selepas merangkul kejuaraan terakhir Super Siri pada Terbuka Hong Kong minggu lepas, kedudukan Chong Wei melonjak tiga anak tangga kepada ranking keempat manakala Kian Meng/Pei Jing mernduduki ranking ketujuh.

Sebagai rekod, Chong Wei telah memenangi gelaran Super Siri Akhir sebanyak empat kali iaitu tiga tahun berturut-turut dari 2008 hingga 2010 dan 2013.

Hanya lapan pemain terbaik dalam kedudukan ranking Siri Super layak beraksi di Dubai dari 12 hingga 17 Dis ini dengan kemuncak bagi saingan Super Siri itu menawarkan hadiah wang tunai US$1 juta (RM4.19 juta).

Menurut senarai  muktamad Super Siri Akhir  dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, juara Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China turut layak secara merit pada saat-saat akhir selepas kejayaan merangkul Terbuka China dan naib juara Terbuka Hong Kong.

Sebelum ini, Chen Long berada di kedudukan ke-20 awal bulan ini dan kejayaan pada Terbuka China telah menyaksikan kedudukannya melonjak ke tangga sembilan dan berjaya memperbaiki dua tangga ke tempat ketujuh selepas Terbuka Hong Kong.

Pemain Korea Selatan, Son Wan Ho mengungguli ranking Super Siri diikuti Kidambi Srikanth (India), Shi Yuqi (China), Chong Wei, Chow Tien Chen (Taiwan), Ng Ka Long (Hong Kong) dan juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen selaku juara bertahan.

Dalam acara perseorangan wanita, Nozomi Okuhara dari Jepun, yang gagal layak berdasarkan ranking kesembilan, bagaimanapun, diberikan 'wild card', selaku juara dunia, sebagai peserta kelapan dan terakhir.

Bagaimanapun, pemain China, Chen Yufei, yang menduduki ranking kelapan, tidak dapat melihat aksi pada Super Siri Akhir seandainya Nozomi, yang mengalami kecederaan lutut baru-baru, mengesahkan penyertaannya.

BWF berkata pihaknya sedang menunggu pengesahan penyertaaan pemain dan sebarang pemain gantian akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam Siri Super Akhiri, pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan selepas perlawanan kumpulan, dua pemain terbaik dalam setiap kumpulan akan mara ke saingan separuh akhir. -Bernama

SENARAI PEMAIN SUPER SIRI AKHIR 2017: 

Perseorangan Lelaki: 

1. Son Wan Ho (Korea Selatan):

2. Kidambi Srikanth (India);

3. Shi Yuqi (China);

4. LEE CHONG WEI (MALAYSIA);

5. Chou Tien Chen (Taiwan);

6. Chen Long (China);

7. Ng Kang Long (Hong Kong)

8. Viktor Axelsen (Denmark).

Perseorangan Wanita:

1. Akane Yamaguchi (Jepun);

2. Tai Tzu Ying (Taiwan);

3. Sung Ji Hyun (Korea Selatan);

4. Pusaria V. Sindhu (India);

5. Ratchanok Intanon (Thailand):

6. Carolina Marin (Sepanyol);

7. He Bingjiao (China);

8. Nozomi Okuhara (Jepun).

Beregu Lelaki:

1 . Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo (Indonesia);

2. Mathias Boe/Carsten Mogensen (Denmark);

3.Li Junhui/Liu Yuchen (China);

4. Liu Cheng/Zhang Nan (China); 5. Takeshi Kamura/Keigo Sonoda (Jepun);

6.Mads Conrad Petersen/Mads Pieler Kolding (Denmark);

7. Lee Jhe-Huei/Lee yang (Taiwan); 8. Takuro Hoki/Yugo Kobayashi (Jepun).

Beregu Wanita:

1  . Shiho Tanaka/Koharu Yinemoto (Jepun);

2. Yuki Fukushima/Sayaka Hirota (Jepun);

3. Cheng Qingchen/Jia Yifan (China);

4. Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl (Denmark);

5. Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea Selatan)

6. Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (Korea Selatan);

7;Yu Xiaohan/Huang Yaqiong (China);

8. Hsu Ya Ching/Wu Ti Jung (Taiwan). 

Beregu campuran:

1  , Zheng Siwei/Chen Qingchen (China);

2. Lu Kai/Huang Yaqiong (China);

3. Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia);

4.Tang Chun Man/Tse Ying Suet (Hong Kong);

5. Praveen Jordan/Debby Susanto (Indonesia);

6. Chris Adcock /Gabrielle Adcock (England);

7. TAN KIAN MENG/LAI PEI JING (MALAYSIA);

8. Kenta Kazuno/Ayane Kurihara (Jepun).

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Dubai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan