Stepanek Pilihan Djokovic - Raket | mStar

Stepanek Pilihan Djokovic

Diterbitkan: Jumaat, 1 Disember 2017 3:51 PM

Radek Stepanek

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain tenis No.1 dunia, Novak Djokovic mengesahkan Radek Stepanek telah menyertai pasukan jurulatihnya.

Bintang Serbia berusia 30 tahun itu berlatih tanpa jurulatih tetap sejak berpisah dengan Marian Najda pada Mei lalu dan digantikan dengan Andre Agassi sebagai penasihat sementara dalam aksi Grand Slams.

Namun Djokovic mengharungi musim sukar 2017, jatuh ke tangga 12 kedudukan ranking dunia.

Stepanek,39, bersara sebagai pemain pada November tahun lalu dan bakal menyertai barisan kejurulatihan bersama Agassi bagi perlawanan Jelajah ATP .

Tags / Kata Kunci: Novak Djokovic , Radek Stepanek
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan