Terbuka Denmark: Chong Wei Tewas Kepada Pemain India - Raket | mStar

Terbuka Denmark: Chong Wei Tewas Kepada Pemain India

Diterbitkan: Jumaat, 20 Oktober 2017 8:52 AM

(Ubah saiz teks)

ODENSE: Keputusan mengecewakan lagi buat Datuk Lee Chong Wei selepas tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Denmark awal pagi Jumaat.

Pemain ketujuh ranking dunia yang bakal menyambut hari lahir yang ke-35 Sabtu ini gagal menyekat kemaraan pemain India, H.S Prannoy  dengan keputusan penuh dramatik , 17-21,21-11,19-21.

Ia merupakan kekalahan kedua kepada Prannoy,25, selepas Terbuka Indonesia sebelum ini.

"Saya memang mengharapkan yang lebih baik di sini, tetapi sekali lagi kecewa.

"Pemainan pertama banyak kesuilapan. namu saya kembali mendapatkan rentak pada set kedua.

"Saya tidak ada masalah dengan kepantasan Prannoy. Saya tewas hari ini kerana memberi terlalu banyak mata mudah.

"Saya sepatutnya mengurangkan kesilapan itu," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan