Jun Hao Mara Ke Suku Akhir Kejohanan Remaja Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 20 Oktober 2017 8:18 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain remaja kebangsaan, Leong Jun Hao meneruskan prestasi cemerlangnya apabila mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Yogyakarta, Indonesia pada Khamis.

Pemain pilihan keempat itu menewaskan pilihan ke-15, Leo Rossi dari Perancis 21-16, 21-17 pada pusingan kelima acara perseorangan lelaki yang berlangsung di Arena Sukan  Gor Amongrogo, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF),  www.bwfbadminton.com.

Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei juga mara ke suku akhir selepas menumpaskan pilihan ke-16, Choirunnisa Choirunnisa dari Indonesia 21-15, 21-19, namun rakan sepasukannya Eoon Qi Xuan tersingkir daripada kejohanan itu apabila tewas 6-21, 8-21 kepada pilihan utama dari Thailand, Pattarasuda Chaiwan.

Harapan Malaysia dalam acara beregu wanita, pula berakhir di pusingan kelima selepas satu-satunya wakil negara yang diletakkan selaku pilihan keenam Pearly Tan Le Koong/Toh Ee Wei dikejutkan apabila  tumpas  21-19, 10-21 dan 15-21 kepada pilihan ke-10,  Xia Yuting/Zhang Shuxian dari China.

Dua pasangan beregu campuran Malaysia – pilihan kesembilan, Ng Eng Cheong/Toh Ee Wei dan Man Wei Chong/Tan Sueh Jeou –  pula berdepan nasib berbeza pada pusingan kelima itu.

Ng/Toh mencipta kejutan apabila menumpaskan pilihan ketujuh,  Ruttanapak  Oupthong/Chasinee Korepap dari Thailand, 21-17 dan 21-18, manakala Man/Tan ditunjuk jalan keluar apabila kalah 21-19, 22-24 dan 13-21 kepada Daniel Lundgaard/Amalie Magelund dari Denmark.

Turut mara ke suku akhir adalah Kwek Yee Jian/Man Wei Chong yang mengalahkan rakan sepasukan Chia Wei Jie/Tee Kai Wun  21-14 dan 21-14 dalam acara beregu lelaki.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Leong Jun Hao

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan