Chong Wei Dalam Senarai Ke Sukan Komanwel 2018

Diterbitkan: Selasa, 3 Oktober 2017 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan semua pemain utama negara termasuk Datuk Lee Chong Wei ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia tahun depan.

Setiausaha Kehormat BAM Datuk Ng Chin Chai berkata bagaimanapun senarai akhir pemain hanya akan dimuktamadkan Mac tahun depan.

Beliau berkata Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan harapan tinggi kepada skuad badminton untuk menyumbang emas di Sukan Komanwel.

“Kita senaraikan semua pemain terbaik negara termasuk Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong  tapi senarai akhir kita akan serahkan pada Mac nanti.

“Seperti selalu harapan MOM sangat tinggi. Badminton selalu menyumbang pingat, sebilangan pingat emas,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan Komanwel, di sini, Selasa.

Chin Chai berkata setakat ini BAM menyasar sekurang-kurangnya menyamai pencapaian tiga pingat emas yang diperoleh pada edisi lepas di Glasgow, Scotland.

Beliau berkata skuad badminton negara perlu bekerja keras dalam mempersiapkan para pemain bagi menghadapi saingan yang dilihat sengit daripada beberapa negara termasuk India, England dan Kanada.

“Dalam acara berpasukan campuran, skuad negara dilihat seimbang namun dalam acara individu kita perlu mempersiapkan pemain khususnya perseorangan lelaki dan wanita,” katanya.

Pada edisi di Scotland, badminton menyumbang tiga daripada enam pingat emas menerusi beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, beregu wanita Vivian Ho-Woon Khe Wei dan acara berpasukan campuran.- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Chong Wei , Komanwel

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan