Badminton: Jeremy Gan Letak Jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 4:54 PM

Jeremy (tengah) meletak jawatan selaku jurulatih beregu lelaki.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan menerima surat perletakan jawatan jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan, Sabtu.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa surat perletakan jawatan itu adalah dengan notis selama tiga bulan.

Bagaimanapun Norza tidak memberitahu punca sebenar peletakan jawatan Jeremy.

"Kami menerima surat peletakan jawatannya hari ini (Sabtu). Saya percaya dia memiliki sebab tersendiri. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada (Ketua Jurulatih Beregu Lelaki) Cheah Soon Kit.

Kita perlu tunggu dan lihat apakah yang akan dilakukan Soon Kit selepas ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara pada Sabtu.

Sebelum ini, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen turut meletak jawatannya dengan notis enam bulan kepada BAM pada 11 September lalu dengan memberikan alasan peribadi berhubung perkara itu.

Antara sumbangan terbesar Jeremy kepada skuad badminton negara ialah menghadiahkan pingat perak Sukan Olimpik Rio menerusi gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Kini skuad beregu lelaki negara akan terus dikendalikan oleh Soon Kit dan Rosman Razak.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jeremy Gan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan