BAM Bawa Masuk Enam Pemain Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam pemain baharu daripada sebuah kelab tempatan akan dibawa masuk ke dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak lama lagi.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keenam-enam pemain berkenaan akan  memperkuatkan kem beregu campuran dan beregu lelaki negara.

“Dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi kita akan buat pengumuman mengenai kemasukan enam pemain kelab itu.

“Buat masa ini, kita tidak dedahkan dahulu nama mereka kerana masih berbincang. Yang penting prestasi mereka amat baik ketika ini. Mereka akan diserapkan kebahagian-bahagian yang relevan,” katanya.

Mohamad Norza turut menjelaskan bahawa keputusan untuk memasukkan enam pemain luar ke BAM itu dipersetujui jawatankuasa kejurulatihan dan latihan (C and T).

Katanya, dalam kalangan enam pemain berkenaan ada yang pernah berada di bawah naungan BAM, namun enggan mendedahkan nama barisan pemain ekoran masih dalam proses perbincangan.

Sementara itu, Mohamad Norza berkata tiada perubahan berlaku dalam struktur kejurulatihan seperti yang dipersetujui dalam C and T sebelum ini, selepas pengarah teknikal Morten Frost Hansen melepaskan jawatannya.

Katanya, beliau telah maklumkan kepada semua ketua jurulatih bahawa tempoh ‘bulan madu' untuk skuad badminton negara telah tamat.

“Kami mengekalkan struktur sedia ada yang mana lima jurulatih akan melaporkan kepada C and T. Jurulatih juga gembira dengan struktur sedia ada ini. Mereka perlu mengkaji dan memahami pemain dan pembantu mereka.

“Saya sudah beritahu mereka bahawa tempoh bulan madu sudah tamat dan jurulatih juga faham. Buat pertama kalinya ia permainan Malaysia. Saya yakin mereka akan membawa perubahan yang diperlukan tidak lama lagi,” katanya.

Tags / Kata Kunci: BAM

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan