Impian Chong Wei Lebur Di Terbuka Jepun

Diterbitkan: Ahad, 24 September 2017 7:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei gagal dalam usahanya  untuk menjadi juara Siri Super Terbuka Jepun buat kali ketujuh selepas tumpas kepada jaguh baharu dunia,  Viktor Axelsen dalam perlawanan akhir yang sengit di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Jepun.

Pemain berusia 34 tahun itu yang merupakan juara bertahan, tewas 14-21 pada set pembukaan sebelum bangkit untuk memenangi set kedua 21-19 tetapi pemain Denmark itu mempamerkan kehebatannya dengan menamatkan permainan dalam set penentuan 21-14 , dalam siaran langsung yang disiarkan sebuah televisyen swasta.

Ini merupakan kekalahan berturut-turut Chong Wei kepada Axelsen, tewas kepada lawan yang sama dalam Final Siri Super Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Disember tahun lepas.

Untuk rekod, Chong Wei menjuarai Terbuka Jepun enam kali iaitu pada 2007, 2010, 2012, 2013, 2014 dan 2016.

Sementara itu, pasangan tuan rumah  Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi menjuarai beregu wanita selepas menumpaskan  Kim Ha Na/Kong Hee Yong dari Korea Selatan 21-18 dan 21-16 sementara dalam perseorangan wanita pemain pilihan kelima Carolina Marin dari Sepanyol membuat kejutan dengan  menundukkan juara bertahan,  He Bingjiao dari China,23-21 dan 21-12.

Pilihan ketiga kejohanan, Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia menewaskan  beregu tuan rumah Takuto Inoue/Yuki Kaneko 21-12 and 21-15 untuk muncul juara beregu lelaki sementara   Wang  Yilyu/Huang Dongping dari China menjuarai beregu campuran  selepas  menewaskan  Takuro  Hoki /Sayaka Hirota dari Jepun 21-13 and 21-8. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan