Misbun Cipta Bazooka

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Misbun Sidek tampil memperkenalkan kaedah latihan inovatif.

Ketua jurulatihan perseorangan lelaki itu mencipta satu gajet yang dipanggil sebagai bazooka yang amat berguna semasa sesi latihan bersama pemain dibawah bimbingannya.

Beliau mengikat tiga tiub bekas bulu tangkis bersama-sama dengan setiap daripadanya diisi dengan 70 bulu tangkis.

Kemudian beliau menyandang tiub itu di bahunya dan melontar bulu tangkis itu kepada pemain dengan pantas.

"Ia banyak membantu saya. Saya tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk mengumpul bulu tangkis itu. Dan saya juga tidak perlu membongkok untuk mengambilnya," kata jurulatih berusia 57 tahun itu.

Misbun sentiasa inginkan perubahan dan tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Oleh itu, beliau yakin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus melangkah ke hadapan susulan pemergian pengarah teknikal badan induk itu, Morten Frost.

Frost meletak jawatan pada 11 September lalu meninggalkan Misbun dan empat lagi ketua jurulatih lain – Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita), Wong Pei Tty (beregu wanita) and Chin Ee Hui (perseorangan wanita).

Kesemua mereka akan melapor terus kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CNT) Datuk Seri Norza Zakaria.

Misbun berkata semua jurulatih perlu mencari jalan untuk menguruskan diri dan tampil dengan pelan efektif buat pemain mereka.

"Kami perlu melihat pemergian Morten dari satu sudut positif.

"Saya baharu berada di sini selama dua bulan setengah. Saya tidak melapor terus kepada dia tetapi hubungan kami baik.

"Kita perlu bertanggungjawab di atas prestasi pemain. Tindakan drastik perlu diambil jika kita mahu melihat hasil lebih baik daripada pemain kita," kata Misbun.

Misbun berkata beliau juga tidak melihat memiliki lima ketua jurulatih sebagai satu masalah.

Sebelum ini, BAM hanya mempunyai sama ada satu atau dua ketua jurulatih utama masing-masing untuk pemain perseorangan dan beregu.

"Ia sesuatu yang berbeza. Saya percaya kita boleh bekerjasama, terutama apabila kita perlu bersama-sama dalam acara berpasukan," katanya.

Mengenai rancangannya terhadap pemain perseorangan lelaki, Misbun berkata beliau akan membahagikan 13 pemain dibawah kendaliannya ke dalam dua kumpulan iaitu elit dan sokongan.

Malah, katanya setiap pemain diberi sasaran khusus yang perlu mereka capai dalam tempoh yang ditetapkan.

Tags / Kata Kunci: Misbun Sidek

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan