Chong Wei Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 7:00 AM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan aksi cemerlang dalam usaha memburu gelaran ketujuh Kejohanan Terbuka Jepun dengan melangkah ke saingan suku akhir di Gimnasium Tokyo Metropolitan di Tokyo, Khamis.

Selaku juara bertahan dan pilihan kelima, Chong Wei, bagaimanapun, terpaksa berhempas pulas untuk menumpaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 22-20, 21-17 dalam masa 47 minit pada pusingan kedua, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfworldsuperseries.com.

Chong Wei akan berdepan dengan pemain pilihan keempat, Chow Tien Chen dari Taiwan pada perlawanan suku akhir Jumaat.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, melakarkan kejutan apabila menundukkan beregu pilihan kelapan, Lee Jhe-Huei/Lee Yang dari Taiwan, 21-18, 21-12.

Beregu negara itu akan menentang beregu tuan rumah, Takuto Inque/Yuki Kaneko di peringkat suku akhir (Jumaat) pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$325,000 (RM1.36 juta).

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan wanita dan beregu campuran berakhir di pusingan kedua selepas kalah kepada lawan masing-masing.

Soniia Cheah mengalami kekalahan straight set 21-14, 21-14 kepada pemain pilihan kelapan, Zhang Beiwen dari Amerika Syarikat manakala gandingan Goh Soon Huat/Shevon Jemie Lai kalah mengejut di tangan wakil tuan rumah, Takuro Hoki/Sayaka Hirota 16-21, 25-23, 20-22.

Dalam pada itu, bekas pemain negara, Lim Khim Wah yang berganding dengan bekas juara Olimpik, Yoo Yeon Seong  dari Korea Selatan, gagal mara ke suku acara beregu lelaki selepas kalah 21-18, 21-19 kepada beregu pilihan keempat, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda dari Jepun.

Seorang lagi bekas pemain negara, Tan Boon Heong yang berganding dengan bekas juara Olimpik dari Indonesia, Hendra Setiawan  turut tersingkir 21-8, 21-13  di tangan beregu pilihan kedua, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark.

Wakil beregu wanita negara, Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean turut tersingkir awal pada pusingan pertama Rabu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan