BAM Mahu Pemain Dilengkapi Aspek Sains Sukan

Diterbitkan: Selasa, 19 September 2017 7:14 PM

Pemain-pemain badminton negara memanaskan badan sebelum menjalani latihan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu memastikan semua pemain negara dilengkapi dengan aspek sains sukan dalam usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi.

Justeru satu kerjasama dimeterai dengan Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) bagi membolehkan kesemua pemain termasuk skuad pelapis dan remaja mendapat perkhidmatan sains sukan seperti yang diikuti oleh pemain elit di bawah Program Podium.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamed Norza Zakaria berkata di bawah perjanjian persefahaman (MoU) dengan UM itu, para pemain akan menggunakan trek dan kolam renang serta perkhidmatan sains sukan seperti yang ada di Institut Sukan Negara (ISN) termasuk ujian kecergasan VO2 Max.

“Saya mahu sains sukan diamalkan bukan sahaja untuk pemain elit dan sokongan tapi kena bermula daripada pemain remaja. Budaya prestasi tinggi akan bermula dari awal dan bukan terhad kepada pemain elit sahaja.

“Bila saya masuk sebagai pengerusi C and T (Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan),  saya menekankan keperluan kecergasan untuk pemain kita. Kita telah meneliti contoh yang disediakan ISN,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani MoU dengan Pusat Sukan UM yang diwakili Timbalan Naib Canselor UM, Prof Faisal Rafiq Mahamad Adikan.

Mohamed Norza berkata sebagai permulaan pemain badminton negara khusus yang bukan di bawah Program Podium akan menggunakan perkhidmatan Pusat Sukan UM selama enam bulan sebelum membuat keputusan untuk sama ada meneruskan pada jangka panjang atau sebaliknya.

Beliau berkata selain atlet, jurulatih juga akan diberikan kursus serta program bagi mendalami kepentingan sains sukan dalam meningkatkan fizikal dan mental para pemain.

“Kita tahu masih ada jurulatih yang mengekalkan cara tradisional tapi pada masa yang sama kita akan berikan pendedahan kepada mereka tentang kepentingan sains sukan pada zaman ini bagi melahirkan atlet berprestasi tinggi,” katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: BAM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan