Serena Perkenal Alexis - Raket | mStar

Serena Perkenal Alexis

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 9:14 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG tenis Amerika Syarikat (AS) Serena Williams buat pertama kalinya berkongsi gambar bayi perempuannya di media sosial.

Serena selamat melahirkan bayi sulungnya pada 1 September lalu tetapi tidak mendedahkan jantina anaknya itu.

Namun Serena, 35, dan kekasihnya  Alexis Ohanian berkongsi kegembiraan dengan pengikut mereka di laman Instagram apabila memuatnaik gambar bayi perempuan mereka.

"Saya perkenalkan Alexis Olympia Ohanian Jr," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Sementara itu, menerusi Instagram story dan sebuah video yang dikongsi dalam laman web rasmi Serena turut menunjukkan perjalanan kehadiran Alexis ke dunia.

Bermula dengan gambar imbasan bayi, Serena turut berkongsi beberapa gambar baby bump selain video pergerakan bayinya semasa di dalam perut.

Serena turut mendedahkan dia menerima rawatan di hospital selama enam hari selepas bersalin.

Tags / Kata Kunci: Serena Williams

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan