Terbuka AS: Hari Terbaik Permainan Saya - Nadal - Raket | mStar

Terbuka AS: Hari Terbaik Permainan Saya - Nadal

Diterbitkan: Sabtu, 9 September 2017 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

RAFAEAL Nadal mengambil tempoh lapan tahun untuk mara ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Nadal menewaskan Juan Martin del Potro yang sekaligus mengecewakan impian pemain itu untuk beraksi di pentas akhir dengan  keputusan 4-6 6-0 6-3 6-2 dalam saingan separuh akhir pada Sabtu.

Pada tahun 2009, Del Potro menyingkirkan bintang Sepanyol itu secara straigh set untuk ke final di Flushing Meadows sebelum mengalahkan Roger Federer.

Dan itulah itu sahaja trofi kejuaraannya.

Bagaimana pun, berbeza dengan Nadal yang menjadikan kemenangan di separuh akhir ini sebagai saat yang sukar dilupakan.

"Hari ini saya bermain sangat baik. Saya bermain agak biasa pada permulaan kejohanan, namun ianya semakin baik setiap hari.

"Malah hari ini juga merupakan perlawanan yang terbaik kerana selepas ini saya akan bertemu lawan yang kuat.

"Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya kembali dengan penuh keyakinan.

"Saya bangkit dan memberita kepada diri sendiri 'Hari ini adalah hari yang saya akan bermain'. 

"Saya perlu bermain dengan tenaga yang betul, dan perlu meningkatkan tahap permainan," ujarnya yang pernah merangkul gelaran juara Terbuka AS sebanyak dua kali (2010,2013).

Nadal bakal bertemu seorang lagi pemain tinggi lampai pada aksi final esok (Ahad), Kevin Anderson dari Afrika Selatan.

Tags / Kata Kunci: Rafa Nadal , Terbuka AS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan