Judi: Pemain Muda Digantung Tiga Bulan

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 9:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain badminton muda dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBK) digantung tiga bulan gara-gara terlibat dengan aktiviti berjudi di internet.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pertama kali mengambil tindakan seperti itu ke atas pemainnya.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya akan meneruskan usaha untuk membersihkan  isu berjudi dan juga mengatur perlawanan.

"Tindakan telah dikenakan kepada pemain berdasarkan bukti yang kami kumpul. Dia datang berjumpa kami untuk meminta bantuan bagi mengatasi masalahnya," jelas Norza selepas mesyuarat eksekutif  jawatankuasa di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Rabu.

Jelas beliau, Standard Operating Procedure (SOP) baharu akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi mengukuhkan polisi yang sedia ada dalam membenteras isu perjudian.

Malah akan turut menambah beberapa peraturan baharu dalam kontrak pemain.

Tambah Norza, BAM tidak akan bertolak ansur dalam isu judi dan bertaruh.

"Kami akan adakan mekanisme lain untuk memantau perkara ini. Sebaik sahaja SOP ditubuhkan, pesalah sama ada terlibat dengan judi haram atau tidak, akan digugurkan daripada skuad serta merta," jelas Norza.

Tags / Kata Kunci: Judi , BAM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan