Nicol Mara Ke Suku Akhir Sukan Dunia

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 7:25 PM

Gambar fail Nicol Ann David.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu Skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David melangkah ke suku akhir Sukan Dunia di Wroclaw, Poland, pada Selasa, dalam usaha memburu pingat emas keempatnya berturut-turut.

Pemain nombor enam dunia itu memulakan kempennya dengan mengalahkan Irina Beliaeva dari Rusia 11-4, 11-3, 11-3 dalam hanya 14 minit sebelum mengetepikan pemain Mexico, Samantha Teran 11-3, 11-6, 11-8 pada hari sama, untuk menempah tempat ke suku akhir.

Menurut laman web rasmi Sukan Dunia, www.theworldgames2017.com, Nicol sebagai pilihan kedua kejohanan, akan berdepan Nele Gilis dari Belgium dalam pertembungan suku akhir pada Rabu.

Nicol memenangi kejohanan itu tiga kali masing-masing di Duisburg (2005), Kaohsiung (2009) dan Cali (2013).

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan wanita Malaysia, Rachel Arnold tersingkir daripada kejohanan setelah kalah kepada pemain Great Britain, Millie Tomlinson 11-7, 9-11, 11-4, 8-11 dan 13-15 dalam pusingan kedua.

Terdahulu, Rachel bermula dengan kemenangan 12-10, 11-13, 11-8, 11-6 ke atas Anna Serme dari Republik Czech.

Kempen Malaysia dalam kategori lelaki berakhir di pusingan kedua setelah Mohd Nafiizwan Adnan dan Ivan Yuen kalah kepada lawan masing-masing.

Mohd Nafiizwan, yang mendapat bye pada pusingan pertama, ditewaskan oleh Diego Elias dari Peru 11-7, 8-11, 11-3 dan 11-5, manakala Ivan Yuen kalah 11-4, 2-11, 8-11 dan 5-11 kepada pemain Colombia, Miguel Angel Rodriguez.

Ivan sebelum itu menumpaskan Tuomi Matias dari Finland 11-6, 13-11 dan 11-8 dalam perlawanan pembukaannya. - Bernama


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan