Federer Jadi Inspirasi Chong Wei Buru Kejuaraan Dunia Sulung

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 6:04 PM

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar (dua, kanan) bersama Timbalan President Majlis Olimpik Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (kanan) beramah mesra bersama Jaguh Badminton Nombor Satu Dunia Datuk Lee Chong Wei (duduk dua, kiri) dan isterinya yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan pemain tenis nombor tiga dunia, Roger Federer menjuarai kejohanan Grand Slam Wimbledon buat kali kelapan baru-baru ini menjadi perangsang kepada Datuk Lee Chong Wei memburu kejuaraan sulung pada Kejohanan Badminton Dunia dari 21 hingga 27 Ogos ini di Emirates Arena, Glasgow, Scotland.

Chong Wei, selaku pemain nombor dua dunia, mengakui kejayaan pemain kelahiran Switzerland itu membuktikan setiap atlet terbaik mampu meraih keputusan positif dalam bidang sukan masing-masing sekiranya mempunyai keazaman tinggi untuk berjaya.

"Kejayaan beliau menjadi motivasi terbaik untuk saya menghadapi kejohanan dunia kerana umur beliau dengan saya tidak jauh beza dan bagi saya kalau orang lain boleh buat, saya juga boleh buat," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Olimpik Malaysia (MOM),  di sini, Ahad.

Chong Wei mengakui tekanan dalam memburu kejuaraan dunia yang pertama sentiasa berlegar di mindanya memandangkan empat pemain terbaik China yang berada dalam kelompok 10 ranking teratas dunia, layak beraksi pada edisi ke-23 kejohanan berkenaan.

Empat pemain itu ialah Shi Yuqi, Tian Houwei, Lin Dan dan juara bertahan, Chen Long.   

Chong Wei berkata bantuan dan panduan taktikal yang diberi ketua jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Sidek menjadi pertaruhan terbaik untuk dirinya dalam menghadapi lawan.

"Kita akan bertolak ke Kejohanan Dunia pada 15 Ogos ini dan menang kalah itu saya tidak mahu fikir  dulu kerana yang lebih penting ialah persediaan diri.

"Saya sudah menjalani latihan selama tiga minggu di bawah Misbun yang kembali semula ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia selepas enam tahun dan saya harap beliau (Misbun) boleh bantu saya untuk kekalkan kekuatan mental dan fizikal," katanya.

Chong Wei berkata beliau bercadang membuka dua lagi akademi badminton miliknya sendiri di Johor dan Kuala Lumpur selepas melancarkan akademi pertama di Ipoh, semalam.

Chong Wei bersalaman dengan salah seorang pelajar sekolah yang terpilih untuk bersaing di gelanggang badminton dengannya pada majlis perasmian Akademi Badminton Lee Chong Wei di Kelab Badminton Masters Klebang di Ipoh, Sabtu.

Beliau berkata akademi itu ditubuhkan dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain muda untuk menjadi pelapis kepada skuad sedia ada selepas beliau menggantung raket pada masa akan datang.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Chong Wei , Federer

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan