Peng Soon, Yee See Raih Gelaran Sulung

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Cheah Yee See meraih gelaran antarabangsa yang pertama selepas menjuarai Kejohanan Badminton Emas Grand Prix Terbuka Rusia di Vladivostok, Rusia pada Ahad.

Pasangan itu menundukkan pasangan dari Jepun Keiichiro Matsui/Akane Araki 11-8, 13-11 dan 11-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Sport Hall Olympic, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF): www.bwfbadminton.com.

Yee See, 22 selaku pemain pelapis negara, mengisi slot yang dikosongkan oleh Goh Liu Ying yang kini berada dalam proses pemulihan selepas menjalani rawatan lutut di sebuah institut sains sukan yang terkemuka di Jerman baru-baru ini.

Satu lagi pasangan beregu negara iaitu pilihan kedua Chooi Kah Ming/Low Juan Shen, bagaimanapun gagal mempamerkan aksi  cemerlang selepas tewas 6-11, 9-11 dan 5-11 kepada pasangan beregu utama, Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov dari Rusia dalam perlawanan beregu lelaki.

Terdahulu, pemain perseorangan kebangsaan negara, Soniia Cheah yang juga pilihan itama mengalami ejalahan mengejut kepada pemain Rusia, Evgeniya Kosetskaya selaku pilihan kedua 9-11, 11-5, 5-11, 11-5 dan 4-11.

Cabaran negara dalam dua lagi acara – perseorangan lelaki dan beregu wanita – berakhir selepas pemain negara tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan awal kejohanan yang menggunakan sistem permarkahan 11 mata.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: beregu campuran , Terbuka Rusia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan