Akademi Badminton China Latih Pemain Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Persatuan Badminton Sarawak (SBA) dan Akademi Latihan Badminton Difon-Jooyyume dari Xiamen, China menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengadakan latihan bersama.

Presiden SBA, Tan Sri Abdul Aziz Husain menandatangani bagi pihak SBA sementara akademi tersebut diwakili ketua jurulatihnya Yushen Zheng dengan disaksikan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah.

Abdul Karim berkata beliau kagum dengan atlet China yang negara itu menetapkan piawaian yang tinggi dalam bidang sukan yang mahu dicontohi Malaysia.

“Malaysia memandang tinggi China dan berharap untuk mempelajari daripada mereka bagi meningkat kemahiran dan latihan atlet tempatan.

“Saya kagum dengan tahap disiplin China yang menyebabkan mereka berjaya dalam segenap bidang,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Abdul Karim mengalu-alukan atlet daripada negara lain untuk datang ke Sarawak bagi berlatih dengan atlet tempatan.

Sementara itu Setiausaha SBA, Abdul Hadi Datuk Kadir berkata SBA mengenal pasti beberapa sekolah untuk mengambil pemain muda yang akan mewakili negeri dan negara di masa depan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Akademi Badminton China

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan