'Bapa Sudah Kembali'

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 4:58 PM

Chong Wei memeluk Misbun sebaik sahaja ketua jurulatih perseorangan negara itu tiba di Akademi Badminton Malaysia pada Isnin. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semangat baharu buat jaguh nombor satu badminton negara biarpun sudah berada di penghujung kariernya.

Ternyata kepulangan Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysian (BAM) menceriakan Datuk Lee Chong Wei dalam misi memburu kejuaraan pertama menjelang Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos ini.

"Bapa sudah kembali," ujarnya spontan selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Isnin.

Chong Wei, 34, yang kelihatan gembira mengakui sebelum ini beliau telah banyak kali memujuk Misbun untuk kembali melatih skuad negara.

"Saya banyak kali jumpa Misbun dan sebelum itu saya berbincang dahulu dengan presiden (Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria) mengenai perkata ini.

"Ketika berjumpanya kali pertama dan berbincang mengenai perkara ini, beliau tidak cakap 'yes', tetapi suruh saya fikir dulu.

"Saya pujuknya dan minta beliau lupakan apa yang terjadi sebelum ini. Saya tahu kenapa beliau berhenti.

"Tetapi saya yakinkan Misbun bahawa sekarang sudah ada presiden serta pasukan baharu. Dan kita boleh bekerjasama dengan baik," ujar pemenang pingat Perak Sukan Olimpik Rio 2016 ini.

Menurut Chong Wei, kehadiran Misbun dan Hendrawan pastinya akan banyak membantu dalam persiapan ke aksi dunia.

"Dua-dua ada dengan saya sekarang, tetapi apa yang lebih penting diri pemain itu sendiri. Saya akan cuba yang terbaik dan memberi fokus sepenuh pada persiapan ini.

"Bagi saya tekanan sudah tentu ada kerana kejohanan dunia ini amat berbeza dengan Sukan Olimpik. Di Glasgow nanti, saya perlu berdepan dengan empat pemain China.

"Bukan senang mahu lawan mereka. Jadi saya hanya akan fokus aksi (kejohanan) dunia sahaja.

"Selain itu, Misbun ada beritahu saya bahawa minggu ini beliau hanya akan lihat sesi latihan dahulu dan akan mulakan tugasnya minggu depan.

"Saya harap kita akan bangkit lagi," tambahnya.

Sebagai rekod, Chong Wei tidak pernah merangkul gelaran Kejuaraan Dunia, begitu juga dengan pemain-pemain kebangsaan yang lain.Kali terakhir pemain kelahiran Pulau Pinang mara ke final pada tahun 2014.

Tags / Kata Kunci: Misbun Sidek , Lee Chong Wei

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan