Norza Tak Resah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 8:47 PM

Lee Chong Wei
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria tidak menunjukkan tanda keresahan di sebalik kekalahan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2017 di Jakarta, Khamis.

Beliau berkata kekalahan tersebut adalah sebahagian daripada proses bagi mencapai matlamat utama Chong Wei untuk bergelar juara dunia pada Ogos ini.

"Kita semua tahu matlamat Chong Wei adalah untuk mencipta kejayaan dan bergelar juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland.

"Prestasi yang ditunjukkan H.S. Prannoy ketika menewaskan Chong Wei juga sangat baik walaupun beliau menyertai kejohanan berkenaan bermula daripada pusingan kelayakan," katanya kepada pemberita selepas menemu duga calon bagi mengisi beberapa jawatan penting BAM di Akademi Badminton Negara, Jumaat.

Pada Khamis, Chong Wei yang juga pemain pilihan pertama kejohanan tunduk kepada wakil India, Prannoy dengan straight set 21-10, 21-18 dalam tempoh 40 minit, sekali gus menyaksikan impiannya untuk mempertahankan gelaran yang diraih pada tahun lalu musnah.

Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata 11 calon telah disenarai pendek dan ditemu duga bagi mengisi jawatan Pengurus Besar BAM.

"Semua yang disenarai pendek bagi jawatan pengurus besar ini mempunyai latar belakang dalam sukan. Tidak semestinya badminton tetapi sukan-sukan lain juga," katanya.

Selain jawatan pengurus besar, BAM juga menemu duga empat calon bagi jawatan ketua akademi badminton negara dan empat calon bagi jawatan pegawai media BAM. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: BAM , Lee Chong Wei

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan