Hendrawan Yakini Misbun

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 4:37 PM

Chong Wei bertemu Misbun baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penolong ketua jurulatih perseorangan badminton negara Hendrawan yakin kepulangan semula Datuk Misbun Sidek ke dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih akan meningkatkan kembali prestasi pemain perseorangan badminton negara.

Menurutnya Misbun telah membuktikan kehebatannya dalam melahirkan jaguh-jaguh badminton negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Roslin Hashim dan Hafiz Hashim.

"Tujuan awal Misbun masuk adalah kerana prestasi perseorangan lelaki agak kurang (menyerlah) ketika ini dan saya percaya kehadirannya boleh perbaiki keadaan ini," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, baru-baru ini.

Hendrawan berkata kehadiran Misbun ke dalam BAM akan menyuntik semangat baharu kepada para pemain perseorangan negara termasuk anak didiknya, Chong wei.

"Ia perkembangan yang sangat bagus buat Chong Wei yang menggalas cabaran untuk memburu kejuaraan dunia pertamanya di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan," katanya.

Misbun ialah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hendrawan , Misbun Sidek , BAM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan