Terbuka Indonesia: Chong Wei Kandas Pusingan Kedua

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei gagal ke peringkat suku akhir apabila dikejutkan dengan kekalahan di tangan pemain India H. S. Prannoy di pusingan kedua Kejohanan Terbuka Indonesia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta, Khamis.

Dalam aksi perlawanan selama 40 minit itu, Chong Wei yang kini berada di ranking ketiga dunia, tunduk kepada Prannoy yang berada di ranking ke-25, 10-21 dan 18-21.

Kekalahan itu sekali gus menggagalkan misi pemain berusia 34 tahun untuk memburu gelaran ketujuh Terbuka Indonesia.

Chong Wei pernah muncul juara Terbuka Indonesia sebanyak enam kali iaitu pada tahun 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.

Rekod pencapaian Chong Wei itu  menyamai rekod pemain lagenda badminton Indonesia Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata.

Selain itu, Chong Wei juga merupakan pemain pertama bukan dari Indonesia yang memegang rekod kejuaraan Terbuka Indonesia terbanyak.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan