Hafiz Sedia Jadi Jurulatih Perseorangan Wanita BAM

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 10:16 AM

Soon Kit (kanan) bersama Frost memantau sesi latihan di ABM pada Isnin. Foto: KAMARUL ARIFFIN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mohd Hafiz Hashim antara nama terbaharu yang tersenarai dalam barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Juara Seluruh England 2003 itu dilaporkan akan menghadiri temuduga bersama Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost pada Selasa sebagai jurulatih perseorangan wanita.

Sekiranya temuduga itu berjaya, struktur kejurulatihan BAM akan lengkap sepenuhnya.

Hafiz pernah bersama BAM sebelum ini, namun pada tahun 2011 dia melangkah keluar untuk menguruskan Kelab Badminton Jaguh Tangkis (JTBC).


Khamis lalu, BAM mengmabil keputusan untuk membuat rombakan barisan kejurulatihan serta mengumumkan lima ketua jurulatih baharu termasuk Datuk Misbun Sidek (perseorangan lelaki), Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita), Wong Pei Tty (beregu wanita), dan Chin Eei Hui (beregu campuran).

Dan pada Isnin, Frost mengesahkan akan menemuduga calon jurulatih untuk perseorangan wanita, namun tidak mendedahkan nama tersebut.

"Semua jabatan mempunyai lebih daripada dua orang jurulatih kecuali perseorangan wanita.

"Kami merancang untuk menambah bilangan pemain perseorangan wanita dan perlukan seorang lagi jurulatih bagi perkuatkan pasukan," jelas Frost.

Sementara itu, Seu Bock akan dibantu jurulatih dari Indonesia Rony Agustinus bagi menguruskan Soniia Cheah, goh Jin Wei, lee Ting Ying, Lim Yin Fun, Ho Yen mei, Yap Yee, S.Kisona, Lee Zii Yii dan M. Thinaah.

Secara keseluruhannya, Frost mengakui dia gembira dengan struktur baharu barisan kejurulatihan ini.

"Kami mempunyai lima ketua jurulatih, dan ia tidak bermakna skop kerja saya sudah berkurangan. Semua pasukan akan melaporkan kepada saya dan akan memastikan semua latihan dan perancangan kejohanan diuruskan dengan baik.

"Saya juga akan bekerjasama dengan semua jurulatih bagi mengenalpasti kumpulan pemain yang akan dihantar ke perlawanan antarabangsa. Objektif utama adalah untuk meningkatkan prestasi pemain dan menaikkan ranking dunia," katanya.

Dalam pada itu, tiga orang jurulatih bagi acara beregu (Soon Kit, Pei Tty dan Eei Hui) sudah memulakan tugas mereka di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Isnin.

Manakala Seu Bock akan bermula selepas Terbuka Indonesia yang bermula minggu ini.

Dan Misbun pula akan turun gelanggang pada 1 Julai ini, selepas Hari Raya.

Barisan baharu kejurulatihan BAM:

Pengarah teknikal : Morten Frost

Ketua jurulatih perseorangan lelaki: Datuk Misbun Sidek

Penolong jurulatih perseorangan lelaki: Hendrawan, Indra Wijaya, Sairul Amar Ayob

Ketua jurulatih beregu lelaki: Cheah Soon Kit

Penolong jurulatih beregu lelaki: Jeremy Gan, Rosman Razak

Ketua jurulatih perseorangan wanita:Tey Seu Bock

Pen. jurulatih perseorangan wanita:Rony Agustinus

Ketua jurulatih beregu wanita:Wong Pei Tty

Pen. jurulatih beregu wanita: Lim Pek Siah, Hoon Thien How

Ketua jurulatih beregu campuran:Chin Eei Hui

Pen.jurulatih beregu campuran: Pang Cheh Chang, Teo Kok Siang


Tags / Kata Kunci: Mohd Hafiz Hashim , BAM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan