Nadal Teruja Trofi Ke-10 Terbuka Perancis

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

RAFAEL Nadal meluahkan ucapan penghargaan kepada pakcik dan jurulatihnya, Toni Nadal selepas melebarkan rekod kesepuluh menjuarai Terbuka Perancis awal pagi Isnin.

"Terima kasih kepada pakcik saya yang telah bersama sejak berusia tiga tahun. Kami telah bekerja keras dan tanpanya saya tidak akan meraih trofi kejuaraan yang kesepuluh ini," ujar Nadal selepas perlawanan.

Toni merancang untuk mengundur diri daripada melatih anak buahnya penghujung musim ini.

Tambah Nadal,31, Terbuka Perancis merupakan satu kejohanan yang amat istimewa buat dirinya. Sejak penampilan pertamanya pada tahun 2005, Nadal hanya tewas dua perlawanan di gelanggang tanah liat itu sekaligus mencatat kemenangan ke-79 keseluruhan.


Nadal menyingkir pemain Switzerland, Stan Wawrinka 6-2 6-3 6-1 pada akhir final di Roland Garros ini.

"Seperti biasa saya akan cuba melakukan yang terbaik. Namun perasaan berada di sini sukar diluahkan.

"Segala adrenalin, perasaan gemuruh amat berbeza berbanding berada di gelanggang lain.

"Ia sangat penting dalam karier saya. Dan akan sentiasa berada dalam jiwa saya.

"Malah sokongan daripada semua sangat luar biasa. Terima kasih dan bertemu lagi di lain masa ," katanya ketika berada di gelanggang Philippe Chatrier.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Perancis , Rafael Nadal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan