Wawrinka Mara Ke Final - Raket | mStar

Wawrinka Mara Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 10 Jun 2017 7:50 AM

(Ubah saiz teks)

STANISLAS Wawrinka mempamerkan kebangkitan luar biasa dalam kariernya dengan menundukkan Andy Murray 6-7 6-3 5-7 7-6 6-1 untuk melangkah ke final Terbuka Perancis.

Pemain dari Switzerland itu melakukan 87 pukulan yang memberi mata, sekali gus membalas dendam kekalahannya pada edisi tahun lalu ke atas Murray.

Murray terpaksa mengerah segala keringat untuk menghalang Wawrinka dalam perlawanan yang berlangsung selama empat jam 34 minit itu dengan kemenangan di set keempat jelas memberi kebangkitan kepada Wawrinka.

Kemenangan pada keempat jelas melemahkan semangat juang Murray yang ketinggalan 5-0 di set terakhir, sebelum tumbang kepada Wawrinka yang muncul finalis tertua Terbuka Perancis dalam tempoh 44 tahun.

"Saya hilang fokus suatu pada suatu ketika. Perlawanan melebihi empat jam, terdapat waktu di mana anda tidak memukul bola dengan baik dan lawan beraksi cemerlang.

"Dan anda perlu terus mencuba dan memperbaiki keadaan. Namun saya gagal melakukannya," kata Murray.

Dengan kemenangan itu, Wawrinka akan bertemu sama ada sama ada juara sembilan kali di Roland Garros, Rafael Nadal atau pemain muda berbakat Austria, Dominic Thiem.

Tags / Kata Kunci: Stanislas Wawrinka , Terbuka Perancis
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan