Terbuka Perancis: Murray, Nadal Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 12:41 PM

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray menyingkirkan Kei Nishikori bagi memastikan tiket separuh akhir Terbuka Perancis menjadi miliknya.

Pada aksi di Roland Garros awal pagi Khamis, pemain No. 1 dunia itu terpaksa berpeluh dengan aksi lawan yang menguasai set pertama dengan kemenangan 2-6.

Bagaimanapun, pemain terkemuka Britain itu bangkit menguasai tiga set seterusnya sekaligus memenangi aksi penting ini.

"Pada set pertama dia memaksa saya bergerak lebih banyak. Dengah  cuaca yang sedikit berangin itu, menambahkan lagi corak permainan saya.

"Tetapi apabila saya mula bertemu rentak permainan, saya mula menguasainya sedikit demi sedikit," jelas Murray.

Murray bakal berdepan dengan bintang Switzerland Stan Wawrinka pada saingan separuh akhir nanti.

Stan Wawrinka

Manakala satu lagi aksi yang sama bakal menyaksikan Rafael Nadal berdepan pemain Austria, Dominic Thiem selepas menewaskan lawan masing-masing.

Keputusan penuh suku akhir:

Andy Murray (Britain) mn Kei Nishikori (Jepun) 2-6 6-1 7-6(0) 6-1

Stan Wawrinka (Switzerland) mn Marin Cilic (Croatia) 6-3 6-3 6-1

Dominic Thiem (Austria) mn Novak Djokovic (Serbia) 7-6(5) 6-3 6-0

Rafa Nadal (Sepanyol) mn Pablo Carreno (Sepanyol) 6-2 2-0 (tarik diri)

Tags / Kata Kunci: Terbuka Perancis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan