Thiem Singkir Nadal

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mei 2017 7:43 AM

Dominic Thiem.

(Ubah saiz teks)

DOMINIC Thiem dari Austria menyingkirkan Rafael Nadal dari pentas Masters Rom, awal pagi Sabtu, menerusi kemenangan 6-4, 6-3 pada saingan suku akhir.

Keputusan yang dilakar Thiem itu sekali gus menamatkan rekod 17 kemenangan jaguh Sepanyol itu.

Nadal yang juga juara tujuh kali di ibu kota Itali itu berjaya mendominasi Thiem ketika final Masters Madrid, minggu lalu.

Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun yang juga pilihan keempat kejohanan gagal mengekang asakan Thiem sepanjang aksi di gelanggang utama.

Thiem akan bertemu sama ada Novak Djokovic yang juga pilihan kedua atau jaguh Argentina, Juan Martin del Potro.

Pertembungan kedua-dua pemenang Grand Slam itu ditangguhkan berikutan hujan lebat ketika Djokovic mendahului permainan 6-1, 1-2 sebelum permainan dihentikan.

Sementara itu, Nadal berkata dia mahu mendapatkan masa rehat pada hujung minggu ini sebelum membuat persiapan menghadapi Roland Garros, bermula Isnin.

"Esok saya akan berada di Mallorca untuk memancing atau bermain golf, atau melakukan perkara lain. Saya akan berehat sedikit, saya fikir saya berhak untuk mendapatkannya.

"Kemudian bermula Isnin dan Selasa, saya akan bersedia untuk Roland Garros. Ia kejohanan yang penting bagi saya.

"Jika kamu membuat persiapan yang baik, kamu memiliki lebih peluang di Roland Garros. Saya berharap untuk menampilkan permainan terbaik saya di sana," katanya.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, pemain muda Jerman, Alexander Zverev melangkah ke separuh akhir Masters pertamanya menerusi kemenangan 7-6 (7/4), 6-1 ke atas Milos Raonic.

Zverev dijadual bertemu pemain bukan pilihan, John Isner yang menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Croatia, Marin Cilic 7-6 (7/3), 2-6, 7-6 (7/2) dalam satu lagi aksi suku akhir.

Tags / Kata Kunci: Dominic Thiem , Rafael Nadal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan