Chong Wei Imbas 'Kesusahan' Digantung Lapan Bulan

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 12:51 PM

Datuk Lee Chong Wei bersama isteri Datin Wong Mew Choo serta dua anaknya Kingston, 4, dan Terrence, 1. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Di sebalik wajah tenangnya, siapa sangka Datuk Lee Chong Wei juga pernah berdepan situasi sukar dalam hidupnya, sama seperti manusia lain.

Jaguh badminton negara itu mendedahkan bahawa kehidupannya 'sangat susah' apabila beliau digantung selama lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana kes doping pada 2014.

Katanya, walaupun terpalit kontroversi dan kehidupannya sukar pada masa itu, syarikat minuman isotonik 100PLUS, di mana beliau adalah dutanya pada ketika itu, tidak pernah menyentuh tentang kontrak yang telah ditandatanganinya.

"Masa saya jatuh, masa saya kalah, kena gantung lapan bulan kes doping, mereka tak kisah, mereka tetap sokong saya dan hubungan terus sama, tak ubah apa-apa pun.

"Ini sangat penting untuk saya kerana dalam tempoh lapan bulan itu memang hidup saya sangat susah dan mereka hubungi saya beritahu tak akan tamatkan kontrak," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian sebagai juta 100PLUS untuk tempoh dua tahun lagi, di sini, Isnin.

Menurut Chong Wei, ia adalah salah satu sebab mengapa beliau terus setia dengan minuman sukan itu dan bersetuju menandatangani perjanjian tersebut.

Bapa kepada dua anak lelaki itu berkata, beliau tidak menyangka akan diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab sebagai duta sekali lagi selepas lapan tahun bersama jenama ini.

Selain memberikan sokongan dari segi perjanjian jangka panjang, Chong Wei turut memaklumkan bahawa beliau menerima sokongan-sokongan sampingan dari syarikat tersebut.

"Ia satu hubungan yang panjang, saya tahu 100PLUS adalah minuman sukan pertama di Malaysia, saya kena sokong jenama Malaysia.

"Mereka juga telah beri sokongan dari belakang, ini satu motivasi untuk saya dan dalam dua tahun ini ia akan menjadi pendorong untuk saya buat yang terbaik," katanya.

Mengulas mengenai perkembangannya, Chong Wei berkata beliau akan memberi tumpuan kepada dua kejohanan utama pada tahun ini iaitu Piala Sudirman di Australia, bulan ini dan Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow pada Ogos.

Chong Wei selaku ketua pasukan untuk Piala Sudirman dan akan berlepas ke Sydney pada Rabu berkata beliau sedar bahawa pencapaian tertinggi negara dalam kejohanan itu hanyalah sekadar layak ke peringkat separuh akhir.

"Peluang kali ini cerah dan tinggi. Semua pelain telah membuat persediaan secukupnya, tak kisah siapa pun lawan, kita akan turun sebagai satu pasukan.

"Untuk diri sendiri, saya tahu saya manusia biasa, saya tak boleh menang semua kejohanan tapi saya akan cuba buat yang terbaik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , doping , 100PLUS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan