BAM Hantar Liu Ying Ke Jerman

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain beregu campuran, Goh Liu Ying kini berada di Jerman untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan lutut dan bahunya daripada pakar sains sukan di Sportklinik Halle.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pemain berusia 27 tahun itu berlepas ke Jerman, Sabtu lalu dengan bantuan Institut Sukan Negara (ISN) menerusi Program Podium, dan akan menjalani rawatan oleh pakar kecederaan sukan di situ sehingga 9 Jun ini.

“Sebagai presiden, saya mahu dia menerima rawatan segera supaya dapat kembali mewakili negara. Kita berharap dia akan pulih dan dapat terus beraksi kerana menjadi harapan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Apabila saya berbincang dengan Liu Ying selepas menjadi Presiden BAM, saya dimaklumkan dia mahu menerima rawatan pakar yang memahami kecederaan sukan. Bagi beberapa hari pertama di sana, dia akan menemui pakar perunding untuk mengetahui tahap kecederaannya dan berapa cepat ia boleh pulih.

“Kami mahu tahu keadaan kecederaannya sebelum memutuskan bentuk rawatan yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis tanda tangan antara pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei dan 100Plus, sebagai duta minuman isotonik itu.

Liu Ying, pemain kelahiran Melaka yang meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, pernah menjalani pembedahan di kedua-dua lututnya pada 2015, sebelum mengalami satu lagi kecederaan di Terbuka India Mac lepas yang menyaksikan dia dan pasangannya, Chan Peng Soon kemudian tewas di pusingan pertama Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak.

Kecederaan bahu dan lutut itu juga memaksa dia diketepikan daripada skuad Piala Sudirman di Gold Coast, Australia dari 21-28 Mei, manakala penampilan di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada Ogos ini juga masih belum pasti.

Sementara itu, Mohamad Norza juga mengesahkan BAM akan mengiklankan dua kekosongan dalam badan induk tersebut iaitu bagi jawatan Ketua Akademi Badminton Malaysia dan pengurus besar bagi menggantikan Lawrence Chew, yang meletak jawatan pada 5 Mei lepas.

“Kami akan mengiklankan jawatan itu minggu ini. Apabila saya menjadi presiden pada 29 April lepas, saya ada menyatakan mahu akademi itu beroperasi sepenuhnya menjelang 1 Jan 2018, jadi ketuanya mempunyai tugas penting menyelia operasi dan pengurusannya,” kata Mohamad Norza.-Bernama

Tags / Kata Kunci: BAM , Goh Liu Ying k

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan