Terbuka Madrid: Nadal Ke Final

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 8:09 AM

(Ubah saiz teks)

RAFAEL Nadal mencatat kemenangan 6-2 6-4  ke atas Novak Djokovic pada aksi separuh akhir Terbuka Madrid awal pagi Ahad.

Kemenangan tersebut merupakan rekod pertamanya ke atas juara Terbuka Perancis itu sejak 2014.

Malah ia juga merupakan kemenangan kali ke-14 berturut-turut aksi di gelanggang tanah liat musim ini yang menyaksikan bintang Sepanyol itu mencatat rekod keenam mara ke final tahun ini.

Pertemuan kedua-dua jaguh tenis itu merupakan kali ke-50 keseluruhannya.

Djokovic mendahului mata 26-24 namun ia mudah dihalang Nadal.

Kekalahan ini sekaligus memberi kekecewaan kepada Djokovic yang tersekat untuk mara ke final selepas perlawanan di Doha sebelum ini.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo.


Pada aksi akhir nanti, juara empat kali Madrid itu bakal berdepan dengan Dominic Thiem dari Austria atau pemain Uruguay Pablo Cuevas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan