Chong Wei Terima Anugerah Atlet Sepanjang Zaman

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 8:41 AM

Datuk Lee Chong Wei. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Atlet Sepanjang Zaman pada majlis Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang di sini, malam Jumaat.

Chong Wei ketika ditemui pemberita melahirkan rasa gembira dan terharu diberikan penghargaan sedemikian.

"Saya sangat terharu, ini pertama kali saya mendapat pengiktirafan anugerah sebegini, dan ia memberi motivasi kepada saya untuk terus maju ke hadapan," katanya.

Pemenang pingat perak bagi temasya Olimpik Rio 2016 itu berkata penghargaan anugerah itu juga merupakan pemangkin untuk dirinya terus menyambung karier dan perjuangan pada sukan Olimpik akan datang.

"Saya tidak janji sama ada akan bertanding atau tidak pada kejohanan Olimpik akan datang, Namun boleh saya katakan anugerah yang diterima malam ini membakar semangat saya untuk terus bekerja keras. Banyak faktor harus dilihat seperti umur dan kecederaan lama yang mungkin berulang kembali," katanya.

Dalam pada itu, Chong Wei turut menyatakan hasratnya untuk bermain buat kali terakhir pada Kejohanan Sukan Asia di Palembang Indonesia dan Sukan Komanwel di Gold Coast Australia tahun depan.

Pada majlis tersebut, pemain badminton itu turut merangkul Anugerah Olahragawan 2016 dan Anugerah Perdana TYT 2016.

Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Olahragawati 2016 dan menerima piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM3,000.

Selain itu, pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri menerima Anugerah Khas sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan yang diberikan oleh pemain skuad Harimau Kumbang itu dalam bidang bola sepak negara.

Atlet sukan karate Cherleen Cheung dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi daripada sukan sepak takraw muncul sebagai Olahragawati dan Olahragawan Harapan 2016 dan masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan serta wang tunai RM2,000.

Bagi anugerah pasukan wanita terbaik dan pasukan lelaki terbaik 2016, masing-masing dimenangi pasukan karate Pulau Pinang, yang membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang tunai RM2,500. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Atlet Sepanjang Zaman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan