Bouchard Menang Selepas Kata Sharapova 'Menipu'

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 8:42 AM

Eugenie Bouchard. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

EUGENIE Bouchard dengan penuh semangat menewaskan Maria Sharapova, seorang wanita yang dikatakan 'menipu', dalam pusingan kedua Terbuka Madrid.

Bouchard mengkritik Sharapova ketika dia membuat kemunculan semula selepas digantung selama 15 bulan akibat dadah.

Pemain dari Kanada itu akhirnya berdepan dengan Sharapova dalam pertemuan sengit yang menyaksikan Bouchard menang 7-5 2-6 6-4 selepas tiga jam berhempas-pulas di gelanggang.

"Saya bersemangat kerana ramai pemain yang datang kepada saya secara peribadi, mengucapkan 'selamat berjaya' kepada saya," kata Bouchard.

"Mereka bukan pemain yang saya biasa bercakap dan saya menerima banyak mesej daripada orang-orang dalam dunia tenis yang menyokong saya. Saya mahu melakukannya untuk diri sendiri, juga untuk orang-orang ini."

Bouchard akan berdepan Angelique Kerber, yang dikatakan bakal menggantikan Serena Williams sebagai pemain nombor satu dunia, dalam pusingan ketiga.

"Sesetengah perempuan di bilik persalinan telah datang kepada saya dan ikhlas mengucapkan selamat maju jaya, biasanya perkara ini tidak berlaku," tambah pemain nombor 60 dunia ini.

"Ia menunjukkan bahawa kebanyakan orang sependapat dengan saya dan mereka hanya mungkin takut untuk bersuara."

Bercakap selepas kemunculan semula Sharapova selepas dilarang bermain kerana mengambil meldonium di Stuttgart, Bouchard berkata: "Dia seorang penipu dan saya tidak fikir penipu dalam mana-mana sukan harus dibenarkan untuk bermain lagi.

"Saya rasa dari pihak WTA ia telah menghantar mesej yang salah kepada anak-anak muda: Menipu dan kami akan mengalu-alukan anda semula dengan tangan terbuka.

"Saya tidak fikir itu betul dan dia bukan seseorang yang saya boleh kata, saya mahu melihatnya lagi."

Sharapova berkata bahawa bukan tarafnya untuk membalas apa yang dikatakan Bouchard itu.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Madrid , Eugenie Bouchard , Sharapova

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan