Norza Sah Presiden Baharu BAM

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasminya menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat suara oleh Ahli Majlis badan induk itu bagi penggal 2017/2021.

Mohamad Norza menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkuat kuasa Sabtu sekali gus menyaksikan BAM masih mengekalkan tradisi 32 tahun untuk tidak mempertandingkan jawatan tertinggi sukan itu.

Beliau akan dibantu dua timbalan presiden iaitu Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan Datuk Lim Teong Kiat.


Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-72 dan Mesyuarat Majlis Khas Persatuan Badminton Malaysia pada Sabtu. -fotoBERNAMA

Jawatan setiausaha kehormat BAM masih disandang Datuk Ng Chin Chai yang mengekalkan jawatan itu selama tujuh tahun berturut-turut manakala Datuk V. Subramaniam dipilih memegang jawatan bendahari.

Sebelum ini jawatan nombor satu sukan itu menjadi tumpuan apabila tercetusnya "gentlemen's agreement" iaitu perjanjian antara Mohamad Norza, Tengku Mahaleel dan bekas pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid mengenai jawatan kerusi panas itu.

Namun isu tersebut selesai setelah Mohamed Al Amin bersetuju memberi laluan kepada Mohamad Norza selepas diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada sidang media yang turut dihadiri Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Seri Perdana baru-baru ini.

Ahli majlis BAM juga bersetuju untuk melantik Mohamed Al Amin sebagai Penasihat BAM.

Seramai 14 ahli gabungan hadir pada AGM yang diadakan di Hotel Dorsett Subang di sini.


Berikut adalah senarai kepimpinan baharu BAM bagi penggal 2017/2021:

Presiden: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria

Timbalan Presiden: Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan Datuk Lim Teong Kiat

Setiausaha Kehormat: Datuk Ng Chin Chai

Penolong Setiausaha Kehormat: Mohd Taupik Hussain

Bendahari: Datuk V. Subramaniam.

Tags / Kata Kunci: BAM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan