Terbuka Barcelona: Nadal Iringi Murray Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 8:46 AM

Rafael Nadal. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray berjaya membalas dendam ke atas pemain Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas apabila menang di peringkat suku akhir Terbuka Barcelona.

Kemaraan Murray diiringi juara sembilan kali Rafael Nadal yang turut mara ke separuh akhir kejohanan itu.

Ramos-Vinolas telah menewaskan pemain nombor satu dunia itu sekembalinya Murray dari kecederaan siku dalam pusingan ketiga Monte Carlo Masters minggu lalu.

Dalam perlawanan ini, dia sekali lagi memberikan cabaran untuk mengulangi kekecewaan Murray semasa perlawanan di set ketiga, tetapi Murray berjuang habis-habisan untuk kembali mengetepikan pemain nombor 19 dunia itu dengan 2-6, 6-4, 7-6  (7/4) selepas tiga jam di gelanggang.

"Ia jelas satu perlawanan yang sangat sukar," kata Murray.

"Ia agak bertentangan dengan perlawanan kami pada minggu lepas di mana mungkin hari ini dia lebih berhak untuk menang. Dia mencipta lebih banyak peluang, melakukan servis yang agak bahaya.

"Minggu lepas ketika mendapat 4-0 dalam set ketiga, saya rasa seperti saya ada peluang menang. Kadang-kadang dalam perlawanan di tanah liat ia berlaku seperti ini, jadi saya amat gembira dapat melepasinya kerana ia sangat sukar."

Ramos-Vinolas menunjukkan peningkatan dalam kerjayanya selepas mara ke final di Monte Carlo.

Dia menguasai permainan peringkat pembukaan, melakukan lima servis berturut-turut.

Murray, selaku juara Wimbledon akan berdepan Dominic Thiem dalam separuh akhir pada Sabtu selepas pemain Austria itu menundukkan pemain Jepun Yuichi Sugita 6-1, 6-2 di suku akhir.

Sementara itu Rafael Nadal juga terus selesa dengan kemenangannya di suku akhir, meneruskan usahanya untuk meraih gelaran ke-10 di Barcelona.

Nadal menang 7-6 (7/1), 6-2 ke atas pemain Korea Hyeon Chung.

Dia akan berdepan pemain Argentina Horacio Zeballos yang menewaskan pemain Rusia Karen Khachanov 6-4, 6-1 di peringkat suku akhir.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan