Lin Dan Singkirkan Chong Wei Di Wuhan

Diterbitkan: Sabtu, 29 April 2017 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tumpas di tangan musuh tradisinya, Lin Dan dari China.

Pada Sabtu, Chong Wei kalah 13-21, 15-21 kepada Lin Dan pada saingan separuh akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Wuhan.

Ia kekalahan kedua pemain nombor satu dunia ini di tangan Lin Dan tahun ini.

Bulan lalu, Lin Dan menewaskan Chong Wei pada final Terbuka Malaysia yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

Tags / Kata Kunci: Chong Wei , Wuhan , Lin Dan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan